Tip kurangkan berat badan untuk ibu hamil :
Keadaan berat badan yang terlampau berat bagi ibu hamil akan menyukarkan ibu hamil untuk bergerak, menambah sakit pada bahagian sendi dan belakang badan dan akan memberi kesan yang negatif kepada kesihatan badan.
Ibu hamil yang terlampu berat cenderung untuk mempunyai pelbagai masalah kesihatan dan ia juga akan memberi kesan kepada kedudukan bayi di dalam kandungan. Bagi ibu hamil yang mempunyai berat badan yang terlalu berat, anda perlu kurangkan berat badan anda dengan segera.
Berikut saya sediakan tiga tip bagaimana hendak kurangkan berat badan tanpa memberi kesan kepada pengambilan nutrisi untuk anda dan bayi di dalam kandungan.
Jom...! kita semak apa yang boleh kita ikut..hehee
Tip pertama : Makan kerap.
Jangan ambil makanan terlalu banyak dalam satu – satu masa. Sebaliknya anda ambil makanan secara kerap tetapi sedikit demi sedikit. Mengambil makanan secara kerap akan membuatkan anda rasa kurang lapar dan kadar metabolisma anda juga akan bertambah.
Amboiiiii....ni kl ayu la kan..mak aihhh...mkn..kalau sebungkus..licin jerk..hehe..lepas tu mula la rasa menyesal makan byk..sebab kain mengetat larr pulak..hihiii..pastu pulak kl makan dkt rumah..ambil sedikit je cam zaman bl0m preggy dlu..alahaiii...xterasa di perut pun makannya..hu3..camna tu? sape yang salh? mereka...dan keluarga mereka jg..hehe..
Tip Kedua : Jaga rasa lapar anda.
Ramai ibu hamil mengadu yang mereka tidak dapat kawal rasa lapar mereka. Mereka secara tidak sengaja makan makanan dengan banyak tanpa mereka sedar. Antara sikap yang mereka tidak boleh lawan adalah mereka akan makan apa sahaja makanan yang ada di hadapan mereka. Contohnya coklat, kek, buah dan sebagainya.
Jadi, anda perlu atasi rasa lapar anda dengan menjaga rasa lapar anda. Jangan biarkan perut anda membuat keputusan anda. Sebaliknya anda gunakan fikiran untuk membuat keputusan. Sentiasa fikir dua kali sebelum makan sesuatu makanan. Untuk lebih teratur, anda buat jadual untuk anda makan.
haaaa...bet0l2....ini yang ayu sokong...heheee....kalau dah lapar...cane nak control kan? ish3....bedal je ape depan mata...xblh jadi nih..hehee..nk kena menten disiplin diri..lau x...sape susah?? kita jugak...adusss.....
Tip ketiga : Lakukan senaman.
Antara senaman yang sesuai untuk ibu hamil adalah berjalan pantas, berenang dan jogging secara perlahan – lahan. Jika perut anda bertambah besar, anda boleh lakukan senaman di rumah sahaja. Jalan – jalan selama dua puluh minit di dalam kawasan rumah anda.
Senaman ni pulak...xberani ayu nak buat lagi di masa sekarang ni..tunggu la dlu 2,3 bulan lagi..sebab sekarang takut efek pape jerk...bb ni manja sikit...xleh nak lasak2..nnt t'bleeding lak...susah mommy nanti.hehe..ni bukan alasan tau..bukan..ahakz.. ^_-


No comments:
Post a Comment