Wednesday, 8 May 2013

Excited in Disappointed



Selamat berhari khamis semua...! Heheee...mentang2 khamis kan...budak ayu ni pun ceria semacam aje...ngeeeee.....  ^___^   Dah lama rasanya x m'update bl0g ni..maklumlah.. dah pindah jabatan lain
ni...busy dia lain macam sikit. Arini lak bukan xder keje.. Tp xder mud nak buat.. Huhuu... Boleh ke
macam tu? Eeee....tahu dek bos.. mau dicepuk kepala i yg mulatt ini.. Syhhhhhh!! jgn sape2 nak report
lak ye..heheehee.. Ni dalam hati dak ayu ni.. 2 dlm 1 sebenarnya tau.. Wahhhh...dah macam air instant
lak...huhu... Dalam hepy2...excited2 ayu..sebenarnya.. ada 1 rasa kecewa sebenarnya.. Alahaiii....
Dah la xdapat nak join group jabatan pergi ke port dickson..xdpt jugak join member kamcing pergi
berkursus di KL semalam. Semua terlepas. Yang dikejar xdapat. Tapi, nasib baik larr... Insyaallah...
Esok..dak ayu akan bertolak pergi Cameron Highlands dengan suami & keluarga mertua... Ala-ala
bercuti gitttuuuu,...hehee... Sib baik...boleh jugak buat pengubat jiwa nan lara ni.. Xder la rasa lare sgt
kalau dapat p jejalan...hehee..apatah lagi...tu memang tempat idaman ayu nak pergi tu,.. Fuhhh.....
Akhirnya...boleh jugak pergi sekali lagi. Hope perancangan kami dipermudahkan olehNYA. Amin....
Harap jugak kat atas sana nanti cuaca sejuk....hehehe...excited lak rase bila di pikir2 ni..huhuu..........
Semoga perjalanan kami juga dipermudahkan selamat pergi n balik.. hehee... Nanti sampai kat sana
nak snap pic bebanyak larrr...hehe...nak wak kenangan.. Bukan senang tau dak ayu nak sampai ke
tempat seangkatan macam tu.. huhuu.... Wuhhhh...! xsabar lak...hehe..cepat larrr hari esok menjelma.
Bawa daku ke sana....


Wednesday, 3 April 2013

Diet untuk Ibu Hamil


Tip kurangkan berat badan untuk ibu hamil :


Keadaan berat badan yang terlampau berat bagi ibu hamil akan menyukarkan ibu hamil untuk bergerak, menambah sakit pada bahagian sendi dan belakang badan dan akan memberi kesan yang negatif kepada kesihatan badan.
Ibu hamil yang terlampu berat cenderung untuk mempunyai pelbagai masalah kesihatan dan ia juga akan memberi kesan kepada kedudukan bayi di dalam kandungan. Bagi ibu hamil yang mempunyai berat badan yang terlalu berat, anda perlu kurangkan berat badan anda dengan segera.
Berikut saya sediakan tiga tip bagaimana hendak kurangkan berat badan tanpa memberi kesan kepada pengambilan nutrisi untuk anda dan bayi di dalam kandungan.

Jom...! kita semak apa yang boleh kita ikut..hehee



Tip pertama : Makan kerap.
Jangan ambil makanan terlalu banyak dalam satu – satu masa. Sebaliknya anda ambil makanan secara kerap tetapi sedikit demi sedikit. Mengambil makanan secara kerap akan membuatkan anda rasa kurang lapar dan kadar metabolisma anda juga akan bertambah.
Amboiiiii....ni kl ayu la kan..mak aihhh...mkn..kalau sebungkus..licin jerk..hehe..lepas tu mula la rasa menyesal makan byk..sebab kain mengetat larr pulak..hihiii..pastu pulak kl makan dkt rumah..ambil sedikit je cam zaman bl0m preggy dlu..alahaiii...xterasa di perut pun makannya..hu3..camna tu? sape yang salh? mereka...dan keluarga mereka jg..hehe..


Tip Kedua : Jaga rasa lapar anda.
Ramai ibu hamil mengadu yang mereka tidak dapat kawal rasa lapar mereka. Mereka secara tidak sengaja makan makanan dengan banyak tanpa mereka sedar. Antara sikap yang mereka tidak boleh lawan adalah mereka akan makan apa sahaja makanan yang ada di hadapan mereka. Contohnya coklat, kek, buah dan sebagainya.
Jadi, anda perlu atasi rasa lapar anda dengan menjaga rasa lapar anda. Jangan biarkan perut anda membuat keputusan anda. Sebaliknya anda gunakan fikiran untuk membuat keputusan. Sentiasa fikir dua kali sebelum makan sesuatu makanan. Untuk lebih teratur, anda buat jadual untuk anda makan.

haaaa...bet0l2....ini yang ayu sokong...heheee....kalau dah lapar...cane nak control kan? ish3....bedal je ape depan mata...xblh jadi nih..hehee..nk kena menten disiplin diri..lau x...sape susah?? kita jugak...adusss.....


Tip ketiga : Lakukan senaman.
Antara senaman yang sesuai untuk ibu hamil adalah berjalan pantas, berenang dan jogging secara perlahan – lahan. Jika perut anda bertambah besar, anda boleh lakukan senaman di rumah sahaja. Jalan – jalan selama dua puluh minit di dalam kawasan rumah anda.
Senaman ni pulak...xberani ayu nak buat lagi di masa sekarang ni..tunggu la dlu 2,3 bulan lagi..sebab sekarang takut efek pape jerk...bb ni manja sikit...xleh nak lasak2..nnt t'bleeding lak...susah mommy nanti.hehe..ni bukan alasan tau..bukan..ahakz.. ^_-



Monday, 18 March 2013

Perkembangan Baby Di Alam Rahim....


Perkembangan Bayi Minggu 1
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan
mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

Nota Hamil : Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik
iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk
menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan
janin seperti spina bifida.

Perkembangan Bayi Minggu 2
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam
tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-
ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.

Nota Hamil : Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan
 tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah
 beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.

Perkembangan Bayi Minggu 3
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci
ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ
badan yang akan bergabung.

Nota Hamil : Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak
mengambil kalsium. Antaranya keju atau susu. Namun terdapat
beberapa jenis keju yang boleh menyebabkan listeria. Penyakit
ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam
dan kesejukkan. Digalakkan juga memakai stokin, serta baju panas.

Perkembangan Bayi Minggu 4
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang.
Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang
mengalirkan darah daripada jantung)

Nota hamil : Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif,
anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur,
sembelit dan keletihan.

Perkembangan Bayi Minggu 5
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya,
namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan
saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.

Nota Hamil : Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan
pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman
yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.

Perkembangan Bayi Minggu 6
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini,
 saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar
menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini
membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat
melalui ujian imbasan.

Nota Hamil : Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu
membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi
lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas. dan
kebiasaannya gatal-gatal akibat pengelupasan kulit seluruh badan. Nasihat
saya jangan garu dengan kuku atau benda tajam sebaiknya sapukan
 losyen sepelas mandi atau ketika kulit terasa kering. Banyakkan minum
air mineral.

Perkembangan Bayi Minggu 7
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan.
Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang
belakang, usus dan otak hampir terbentuk.

Nota Hamil : Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri
 terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak,
anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.
Banyakkan berehat bagi mencapai keselesaan.

Perkembangan Bayi Minggu 8
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah
mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya
pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki
dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan
menendang.Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak
membenarkan anda merasai pergerakannya.

Nota Hamil : Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu
dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.
Digalakkan memakai pantyliner dan menggunakan pencuci khusus alat
sulit untuk keselesaan. Serta kerap menukar seluar dalam yang bersih.

Perkembangan Bayi Minggu 9
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas
kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Nota Hamil : Berat badan ibu mula bertambah. Anda digalakkan untuk
merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini,
gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan
hormon. Berhati-hati memilih makanan yang sesuai pada ketika ini,
kurangkan makan karbohidrat kerana boleh menyebabkan badan si ibu
meningkat. Sebaiknya ikut nasihat doktor cara bagaimana pemakanan
yang sesuai untuk anda.

Perkembangan Bayi Minggu 10
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang
iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya
belum sempurna seperti jari normal manusia.

Nota Hamil : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian
meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada
biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Perkembangan Bayi Minggu 11
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon
selamat daripada sebarang ketidak normalan pada janin dan jangkitan
tertentu.

Nota Hamil : Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah
berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika
ada kesempatan.

Perkembangan Bayi Minggu 12
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu
ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya
sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk.
Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan
menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.

Nota Hamil : Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada
berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika
minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu-
minggu sebelumnya.

Perkembangan Bayi Minggu 13
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini,
bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk
merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi
dengan baik setelah dia lahir nanti.

Nota Hamil : Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan
membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”.
Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna
bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada
payu dara anda mula jelas kelihatan.

Perkembangan Bayi Minggu 14
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu,
dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya
untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh
mengerutkan kening.

Nota Hamil : Katakan selamat tinggal kepada morning sickness.
Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa
bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini,
keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin
lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami
pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih
sayang sepenuhnya pada suami.

Perkembangan Bayi Minggu 15
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih
panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin
menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua
makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar.
Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada
degupan jantung dan bunyi perut anda.

Nota Hamil : Kuantiti darah yang mengalir dalam badan
semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan
oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi,
tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar.
Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas
sebaiknya.

Perkembangan Bayi Minggu 16
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi
lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan
keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui
semasa ultrasound dilakukan.

Nota Hamil : Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar,
seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah.
Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam
kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara.
Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen
yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

Perkembangan Bayi Minggu 17
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya
juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap
jarinya sendiri.

Nota Hamil : Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan
dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di
samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut.
Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi
berdarah ialah antara masalah yang biasa. Pemilihan baju serta
seluar juga perlu ditukar. Jangan memakai pakaian yang ketat
seperti jeans. Namun anda masih boleh bergaya kerana dipasaran
terdapat banyak seluar untuk ibu hamil yang seakan sama dengan
pakaian casual yang anda pakai sebelum mengandung. Begitu juga
dengan bra, dan seluar dalam anda perlu menukar kepada saiz yang
lebih besar atau yang selesa.

Perkembangan Bayi Minggu 18
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul
lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap
bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat
jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.

Nota Hamil : Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak.
Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk
bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak
seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu,
lelehan faraj juga semakin bertambah. Sama seperti apa yang saya
katakan tadi digalakkan menggunakan panty liner dan kerap menukar
seluar dalam yang bersih.

Perkembangan Bayi Minggu 19
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar.
Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama,
tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.

Nota Hamil : Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung,
paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara
pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.

Perkembangan Bayi Minggu 20
Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit
bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam
kandungan.

Nota Hamil : Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah
kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang
begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu
hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini
masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi
akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu
masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran
perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan,
elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun
bergoreng.

Perkembangan Bayi Minggu 21
Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan?
Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.

Nota Hamil : Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan
lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak
akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga
makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan
menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

Perkembangan Bayi Minggu 22
Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan
kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.

Nota Hamil : Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil
makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang
diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap
dengan banyak dan mudah.

Perkembangan Bayi Minggu 23
Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga
mula pandai tersedu.

Nota Hamil : Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini
biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan.
Proses ini dinamakan sebagai oedema. Untuk melegakan kaki yang
bengkak cuba rendam dengan air panas 5 - 15 minit setiap hari sebelum
tidur.

Perkembangan Bayi Minggu 24
Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca
pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar
walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya
semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti
suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam
perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan
anak dengan muzik, lagu atau bacaan Al-Quran.

Nota Hamil : Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami
masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini. Jadi kawal pemakan
harian anda.

Perkembangan Bayi Minggu 25
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin
kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin aktif
belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik
yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu
banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.

Nota Hamil : Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul.
Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam
rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan
diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan serta
ayat-ayat Al-Quran.

Perkembangan Bayi Minggu 26
Bayi mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum
ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini
juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik.
Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul
setelah berpusing mengikut usia kandungan.

Nota Hamil : Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan.
Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan
oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar
dan mula menekan jantung dan paru-paru. Seperti nasihat saya
sebelum ini anda perlu menukar saiz bra, seluar dalam dan
elakkan memakai pakaian yang ketat.

Perkembangan Bayi Minggu 27
Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan
berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix
caseosa

Nota Hamil : Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa
ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang
demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan
berada di tahap normal.

Perkembangan Bayi Minggu 28
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila
masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi
pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.

Nota : Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis
cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran
kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi
mengelakkan rasa melekit.

Perkembangan Bayi Minggu 29
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang
dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening
dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus
tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.

Nota Hamil : Dengan perut yang semakin besar, tidur anda
kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa
semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air.
Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan
anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda
rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki
dengan bantal.

Perkembangan Bayi Minggu 30
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.

Nota Hamil : Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin
membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi
adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu
malam juga mungkin akan terganggu.

Perkembangan Bayi Minggu 31
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang
dan gelap.

Nota Hamil : Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah
berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan
berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas,
pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

Perkembangan Bayi Minggu 32
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan,
menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi
berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan
kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar
pada bila-bila masa.

Nota Hamil : Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang.
Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan
mental dan fizikal.

Perkembangan Bayi Minggu 33
Perkembangan Bayi Minggu 33
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya
dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.

Nota Hamil : Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika
tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk
setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan
kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

Perkembangan Bayi Minggu 34
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif
terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup
matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip.
Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk
dengan sempurna.

Nota Hamil : Tekanan darah mungkin akan meningkat
agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada
peringkat ini.

Perkembangan Bayi Minggu 35
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya
mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur
dan berjaga.

Nota Hamil : Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan
anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa
yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa
yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut
kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

Perkembangan Bayi Minggu 36
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak
terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda
kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula
pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.

Nota Hamil : Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa.
Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi
dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan
setiap minggu mulai sekarang.

Perkembangan Bayi Minggu 37
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula
mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang
membantu mematangkan orang pernafasan.

Nota Hamil : Bersedia, mungkin anda bersalin pada
minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan
selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua
soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang
yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah
lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.

Perkembangan Bayi Minggu 38
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm.
Begitu juga dengan kukunya.

Nota Hamil : Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan
tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi
ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah
takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk
beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan
sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Perkembangan Bayi Minggu 39
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan
banyak memperoleh antibodi daripada ibu.

Nota Hamil : Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini
semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit
itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia
untuk ke hospital. Banyakkan berselawat nabi serta
berzikir untuk membantu keresahan.

Perkembangan Bayi Minggu 40
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula
berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk
tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.






Wednesday, 6 March 2013

Penjagaan Di Awal Kehamilan

Assalamualaikum akak2..adik2..abam2 sume....heheee.... :) sempena ngan keadaan saya skunk ni..memg sin0nim larr ngan tajuk ni..huhuu.. Kijean memg m'g0ogle tips2 di tenet jer laaa...hak3.. ^_^  dan bila dah jumpa tips2 tu...nak la jugak share ngan kekawan sume.... bak kate orang... Sharing is caring...hehehee.. Meh2..j0m kita baca n amalkan tips2 di bawah ni.. :

Yang perlu DIELAKKAN semasa kehamilan :


Aspirin-
merupakan sejenis ubat yang akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, ini akan mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

Alkohol -ia akan meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar

Litium -
ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

Vitamin A -
jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat


Tetrasaiklin -
sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

Ubat penahan sakit -
boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

Rokok -
ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

Hentikan kegiatan lasak -
seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

Minuman tertentu -
kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh
mengancam bayi dalam kandungan.

makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

PEMAKANAN DIGALAKKAN UNTUK IBU HAMIL:

Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan,ayam, daging dan telur. Kekacang(seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.


Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping danbuah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan. 

Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren.

Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi darikekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.

Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.

Zat Besi - Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.

Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.

















Boleh jugak diamalkan membaca surah2 trsebut bagi usaha mendapatkan anak yg soleh & solehah.. ^^









Sunday, 17 February 2013

Shine Bright Like A Diamond ^_^

Alhamdulillah.... Ku sujud syukur.. Hanya itu yg mampu ku katakan kala lihat pregnancy test ku naik 2 jalur merah,...! hehee... ;) lau p0m line kedua tu samar2..dan tidak seterang line C.. Tapi, tu pun dah mampu buat ku tersenyum lebar selebarnya.... ^_^ syukur sangat.... Usaha ku selama ni..akhirnya dibayar dengan kemanisan. Nampaknya...kebimbangan ku selama ni telah berakhir.. dan Allahuakbar... dengan amalan2 yang digalakkan...dan dengan memakan makanan2 sunnah....dengan izinNYA...dalam rahimku sekarang sdg m'besarnya 1 nyawa..darah daging ku sndri..hepy sesangat..!! xtau nak explain cmna perasaan ni..hehee... Pape pun...ku harap...kandungan ku ini membesar dengan sihat & sempurna... Semoga diriku kuat untuk menghadapi sebarang kesusahan di kala mengandungkan bb kami ni.. =) Cumanya...ni masih belum rasmi..Usia kandungan pun masih belum ku ketahui memandangkan belum pergi check dgn formalnya di klinik... Tapi, yang pasti...ku tahu..pasti masih terlalu awal...heheeeheee... Hope takder pape masalah ngan kandungan ku ini... ~aminnnnn...









Comelnya baby2 ni kannnn??? geramnye....hu3...

Sunday, 3 February 2013

AMALAN MEMUDAHKAN HAMIL MENURUT ISLAM

Selamat pagi semua.....!!!!  ^_^ hehee..... Apa khabar agaknya pagi ni yer? H0pe sihat walafiat la hendaknya.... Dah lame lak rasanya ayu xjenguk kat sini & p0st entry baru... Agak sibuk sikit sekarang ni...maklumlah.... asyik duk terima arahan pindah 0pis je...kejap sane..kejap sini...cam b0la dah kena tendang ni.... Tp golnya.....tak masuk2 pulak... hahhahaaa....kesian...... Okey2... sebenarnya...pagi ni..tetiba pulak ayu nak share ngan sahabat2 semua... Masa ayu duk selongkar2 poket pak cik g0ogle yg co0l tu...then, ayu jumpa lah amalan-amalan ini.... Yang boleh di praktikkan pada mana-mana para isteri yang sedang berusaha untuk jadi seorang ibu... Hikhihikkkhikkk.... J0m kita layan...... Antara amalan-amalannya :

  • Selepas terbitnya fajar atau sesudah solat subuh, baca bismillah......
  • Berselawat kepada Nabi Muhammad sebanyak 3x
  • Kemudian sujud & baca kalimah syahadah 101x
  • Dalam sujud mohonlah apa yang dihajati (contoh : Ya allah, kurniakanlah kpd hambaMU zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia & akhirat)
  • Selepas lafaz doa, tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x
  • Selain itu amalkan membaca "Ya Mutakabbir" (Ya Allah yang maha memiliki keagungan) sebanyak 11x bagi suami sebelum memulakan hubungan kelamin
  • Manakala isteri pula hendaklah membaca "Ya Awwal" (yang tiada permulaan adaNYA) sebanyak 333x setiap hari
  • Isteri juga hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalil Wal Ikram" (wahai yang memiliki kebesaran & kurniaan) sebanyak 11x dan tiup di dalam air kemudian air tersebut perlulah diminum
Haaaa.....tulah di antara amalan-amalan yang boleh diamalkan sebagai usaha mendapatkan zuriat atau cahaya mata.. S0....sesamalah kita berusaha yerk..heheheee.... Insyaallah,.... ada rezeki...mana tahu kan?
Kita hanya mampu merancang dan berusaha... Dia yang menentukan... Allahualam.....




Wednesday, 9 January 2013

I'm Stress..!!!!!!!!!









Hanya dengan gambar2 pun dah mampu k0t menggambarkan perasaan nih......hu3...... S.T.R.E.S.S!


Bertuahnyerr andai ayu lah pemilik wajah ini...........fuhhhhhhhh...tenang je neng0k....... eurmmm...



Jelita nye die.........hu3



Ribut Tropika Sonamu Di Pantai Timur

Salam penuh kemesraan utk u0llsss yerkkk... Emmm....dunia dah makin tua nampaknya sekarang... Setiap yg b'mula...pasti akan berakhir... Dan setiap yang hidup..pasti akan terus ada perubahan dari semasa ke semasa..... Yang muda....pasti akan merasai tua nya... Ke ade yg xtua2 yer? Heheee....ade.....sekarang ni kan macam2 ada teknologi kita.... Negara dah moden ler katekan... Tapi...boleh ke nak kurangkan jugak sekali umur tuu?? Heheee....secara fizikalnya..boleh la kita ubah...tapi...hakikat sebenarrr....dalaman kita..umur kita...xmungkin sama sekali dapat kita ubah sesenang hati...apatah lagi mengurangkan umur dari yang sebenar... Setelah bobel banyak2 ni..sebenarnya...ayu nak sharing pasal ribut yang sedang melanda pantai timur sekarang ni... Iaitu...yang melanda..negeri Kelantan...Terengganu & Pahang... Dimana...semua penduduk yang tinggal dikawasan pesisiran pantai sekarang ni diminta supaya berhati-hati & b'jaga-jaga.
Pihak meteorologi (betul ke eja ni? hehe...belasah jerk...) juga sedang cuba sedaya upaya untuk mengalih ribut tersebut supaya dapat mengurangkan kesan angin kepada kita semua..paling tidaknya..sekurang-kurangnya diorang akan cuba mengurangkan tahap kelajuan angin yang akan menyerang pantai timur.  Ribut ini dijangka akan berterusan bermula jam 2 petang 8 -11 Jan ini... Jadi...harap...penduduk yg tinggal berhampiran dengan kawasan pantai tu b'jaga2 la yerk... & pada para nelayan & yg terlibat dengan aktiviti laut ni agar lebih berhati-hati.. & tidak turun ke laut dalam masa terdekat ni bagi mengelak sesuatu yang tidak  diingini berlaku. Bersama-samalah kita berdoa supaya kita sentiasa berada di bawah sayap perlindunganNYA. ~Amin......   















**All picture copyright from google

Tuesday, 8 January 2013

Camer0n Ohhh Camer0n...!

Haiiiiii 0lsss.... eurmmm...tetiba la pulak angin melanc0ng menyerang lubuk sanubari d petang yg amat lent0k ni...huhuu...rasanya...dengan suasana..angin bayu lembut2 membuai ni..kalau d beri bantal..yah0oooo!! Dunia ini ana yg punya..! Hahhaaa.... Opsss..!! Okey2..dah keluar t0pik nampaknya...heheheee...almaklumlah...baru pekena r0ti hamlet + air mil0 siap b'tabur2 ag...terus jadi cam agak xberape bet0l setting lam kepale nih....hik3.... Ntah pape la...si ayu ni merapu raban kannn?? Alaa...k0rang ni...layan la dulu ayu nk mrepek nih...sikit jerk..bukan selalu pun... (bkn selalu la sgt kan??) ^_~ Fuhhhhhh..........dah2...syuhhh3....p main jauh2 kejap angin bayu yerrkkk...nak share s0mething yg lagi penting ni....kalau ayu xciter ni...takut lak duk main sek0k seb0k lam dada lak... (hehee,,,,kang dah kuarkan l0ghat kelate tuhhhh) amikkkk k0 jah... grrrrrrrrrrr!! Bila la nk mula citer nih....k2....jap2..tarik nafas.....hemmmmm...fiuuuuuuuuuuuuu.....heheee... Ni hahh....sbenar nya....cam sin0nim ngan tajuk d atas lerr,...ayu teringin sgt nak p jejalan d camer0n highlands nih....huhuuu...dah lame teringin.. =(  xder ke sape2 nak bawa ayu p sane yerkkk? huhuu.... Lepas duk baca d bl0g s0me0ne tadi...terus rasa nak p camer0n tu lagi m'buak2...aduyaiii...cane ni...? Sape nak t0l0ng bawak ayu ni...... Alangkah bagusnya....kalau en.hubby kiter tu bawak madam chubby nih...p h0neym0on lagi d camer0n ni...cewahhhhh..! Angan xsudah la nampaknyer ye.....hehee...ni sume jd mer0nta2 tahap kr0nik ni...bila dak ayu ni...p baca2 cerita b'kenaan camer0n ni...dan..bila t'pandang je pic nan 1 nih..alahaiii...terus jatuh hati...jatuh cinta pandang pertama gitu..alaa2 laa...hahaa.... dishhh! atas kepala sekali...0bat penenang.......huhuuu....nak tgk gak x pic yg ayu maksudkan ni??? Nakkk?? hehehe...ni la dia....... Strawberry Park Res0rt..... Cantikkannn??? Emmm.. Nak pasang angan2 la jap...hak2..


Cantik kannn.................... ",


Ni la dia.....Strawberry Park Res0rt tu.......heheee...

Bukan tu saje sebabnyaaaa.....bila t'kenangkan view d tanah rata camer0n ni...dalam epis0d last...Cinta Itu Millikku....alaaa...yg cerita zafrin dengan rania tu...alahaiiii...lagi la ayu ase...m'buak2..nak jejakkan kaki ke sini...ulaalaaa...hehehee....pastu....b0leh p petik sendiri buah2 strawberry yg segar dari ladang....p ladang teh...wahhhhhhhh....bestnyerrr..!! uhuk3...namun....mimpi tgl mimpi kerr? Hope sgt...1 hari nanti...dpt lagi p camer0n ni...dlu ayu dah pernah p skali...time p kursus jabatan...tp xbest la...musim hujan...jadi xbyk sgt p riadah n lawat tmpat kat situ...yelah..p untuk b'kursus kan..bukan utk jejalan..huhuuu... Okey2...dah byk sangat melayan bebelan ayu ni kan...sekang..meh kite m'jamu mata dulu yerrkkk...sila2...sila santap yerrkk...hahaha....


Ladang teh..........luasnyerrr....kan?

Nice view.....suka2....

Nyuummmm3....!!! segar dari ladang........

Hehee...ni lerr her0 & her0in yg ayu admire lam citer tu... Zafrin & Rania.. :)

Amacammm?? heheee....ade x yang tertarik gak nak p kesana?? J0m2...kita p cuti2 malaysia...ngeeee.... Siap ajak puak lak kan? hahaa....tulahh.... Semoga...ayu akan sampai gak ke sana..tahun ni..kalau xtahun ni..next2 pun..0key lerr...dari xdapat kan? ~~Amin3....hehehe.... Camer0n.....waittt f0r me....0key? =)


Sunday, 6 January 2013

I'm Overweight????!!!

Ehem3.....t'tarik x ngan tajuk p0st d atas nih...?? Emmm...takutnya,,,sipi2 lagi i punyerr berat mau d rek0d sebgai overweight...xnak3...!!! =( s0b..s0b..s0b... terasa cam mimpi lak..bla berat naik m'dadak after kahwin ni...camana nih? help me!! Ade sesape leh bantu x....xm0 lah jd cam akak bju pink ni....................... Cam akak baju biru tu xperr.... ~~ngeeeeee.............hehehee




sekarang ni....ayu nyer berat dah m'capai tahap kr0nik la k0t... 56KG...!  emm...lagi 0.3KG will be o/weight...xm0 la gtu....xm02...satgih....hubby pandang p0mpuan lain lak cane?? merana la chubby...hu3...
Haaa..berani ke...hubby nak buat camtu? hehee.....langkah chubby dulu aek... (dgn pndangan merimau...smbil jungkit2 kening) hik3....jahat x chubby??? kah3....k0n0nnya...garang lerrr tuuuu.... :p
tapi kan......mustahil ke x yerrr...kalau satu hari nanti....p timbg2..jd cam ni...............




Ohhhhhh tidakkk!!! ini xb0leh jadi...ape harus chubby buat ni......uhuk3....nampak gaye cam kena p gym ni..hahahaaa....gym ler sgt yerkk?? cam happeee dahhh..kadang2 dak chubby ni....cakap xsupe bikin..jadi..k0rang jgn la nak percaye sangat dengan drama budak ni yerr.......hu3...alaaa..tapi kan...camne ni...memg ayu dah risau tahap kr0nik dah nih....dishhhhhh3..!!! tamp0r perut sendirik...! hehee..skill xleh timer kenyataan...perut lak makin m'buncit jer wase nih...ape cer??? eurmm..kalau m'buncit tu...berisi...xper lah jugak...nih?? Alahaiii..malu lak asenya.....penuh ngan k0lestr0l....lemak2 tepu la k0t dah dalam ni...uhuk3..Haaa... 1 lagi..k0rang jgn t'kejut lak... I'm 0n diet n0w..!! hahahaa.. (gelak bangge seh..) k0n0n2 nyer lah... H0pe,,,...bukan hangat2 t*** ayam dah lerrr...hak3...skunk ni...lam misi tahun baru...nak turun kan berat lak....leh capai 50Kg pun dah w0kkey...huhuu...pastu..nak terus menten jerk..xm0 dah cam flipfl0p jerk.... Yesss!! Ayu mesti kuat...! Emmm! Harus..! hehheee....wahhhh...semangat gittuwww.. ^_~
Doakn impian & juga hajat ayu ni ksampaian yerk,...amin~~~






**picture sume hasil searching dlm p0ket daddy g0ogle...



Welc0me 2013..!



Ihsan Pica fr0m daddy g0ogle..he3


Assalamualaikum...... Hehee...lame lak asenya menyepikan diri... Hari ni terasa rindu & gatal tgn lak nak menyinggah d ladang bl0gger ni..hik3.. ^_^ Pape pun asenya masih belum t'lambat nak ayu ucapkan.. Happy New Year...!! sem0ga semua impian2 2012 anda semua tlh d capai yerk... & mulakan lembaran azam di tahun 2013 ini dgn nekad yg baru yerk... Dan diharapkan juga tahun ini akan membawa lebih kebaikan dan kesempurnaan pada kita semua yerkkk.. ~~ Amin...... hehehee.... macam terasa malas larr pulak nak menulis...mengarang panjg2 petang ni....pagi tadi cam rasa b'kobar2 sangat...ish3....hangat2 g0reng pisang bet0l larrr dak chubby ni...hek2..jgn marah yerkkk kekawannn... ^_~ Di hari ahad ni....agak g0yah sedikit...masih d awan-awangan...selepas b'cuti di hari minggu...hahaaa..... By the way...d pendekkan citer.... Welc0me 2013 again larr yerkk.. (Nampak beben0r malas nak meng0mel....) kik3... Apakan daya...kepala ngah pusing2....d langit ke 7 mane ntah ni....rase cam berterbangan cam kapas je ringannyerr....fuhhhhh.... Sekian la k0t b'hujah utk buat kesekian kalinya nih.....jmpa d lain 0melan lak yerrr,.... Hu3.. daaaa.... (",)