Monday, 18 March 2013

Perkembangan Baby Di Alam Rahim....


Perkembangan Bayi Minggu 1
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan
mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

Nota Hamil : Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik
iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk
menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan
janin seperti spina bifida.

Perkembangan Bayi Minggu 2
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam
tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-
ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.

Nota Hamil : Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan
 tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah
 beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.

Perkembangan Bayi Minggu 3
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci
ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ
badan yang akan bergabung.

Nota Hamil : Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak
mengambil kalsium. Antaranya keju atau susu. Namun terdapat
beberapa jenis keju yang boleh menyebabkan listeria. Penyakit
ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam
dan kesejukkan. Digalakkan juga memakai stokin, serta baju panas.

Perkembangan Bayi Minggu 4
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang.
Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang
mengalirkan darah daripada jantung)

Nota hamil : Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif,
anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur,
sembelit dan keletihan.

Perkembangan Bayi Minggu 5
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya,
namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan
saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.

Nota Hamil : Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan
pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman
yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.

Perkembangan Bayi Minggu 6
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini,
 saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar
menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini
membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat
melalui ujian imbasan.

Nota Hamil : Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu
membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi
lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas. dan
kebiasaannya gatal-gatal akibat pengelupasan kulit seluruh badan. Nasihat
saya jangan garu dengan kuku atau benda tajam sebaiknya sapukan
 losyen sepelas mandi atau ketika kulit terasa kering. Banyakkan minum
air mineral.

Perkembangan Bayi Minggu 7
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan.
Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang
belakang, usus dan otak hampir terbentuk.

Nota Hamil : Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri
 terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak,
anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.
Banyakkan berehat bagi mencapai keselesaan.

Perkembangan Bayi Minggu 8
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah
mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya
pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki
dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan
menendang.Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak
membenarkan anda merasai pergerakannya.

Nota Hamil : Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu
dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.
Digalakkan memakai pantyliner dan menggunakan pencuci khusus alat
sulit untuk keselesaan. Serta kerap menukar seluar dalam yang bersih.

Perkembangan Bayi Minggu 9
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas
kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Nota Hamil : Berat badan ibu mula bertambah. Anda digalakkan untuk
merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini,
gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan
hormon. Berhati-hati memilih makanan yang sesuai pada ketika ini,
kurangkan makan karbohidrat kerana boleh menyebabkan badan si ibu
meningkat. Sebaiknya ikut nasihat doktor cara bagaimana pemakanan
yang sesuai untuk anda.

Perkembangan Bayi Minggu 10
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang
iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya
belum sempurna seperti jari normal manusia.

Nota Hamil : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian
meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada
biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Perkembangan Bayi Minggu 11
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon
selamat daripada sebarang ketidak normalan pada janin dan jangkitan
tertentu.

Nota Hamil : Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah
berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika
ada kesempatan.

Perkembangan Bayi Minggu 12
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu
ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya
sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk.
Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan
menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.

Nota Hamil : Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada
berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika
minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu-
minggu sebelumnya.

Perkembangan Bayi Minggu 13
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini,
bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk
merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi
dengan baik setelah dia lahir nanti.

Nota Hamil : Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan
membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”.
Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna
bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada
payu dara anda mula jelas kelihatan.

Perkembangan Bayi Minggu 14
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu,
dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya
untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh
mengerutkan kening.

Nota Hamil : Katakan selamat tinggal kepada morning sickness.
Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa
bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini,
keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin
lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami
pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih
sayang sepenuhnya pada suami.

Perkembangan Bayi Minggu 15
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih
panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin
menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua
makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar.
Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada
degupan jantung dan bunyi perut anda.

Nota Hamil : Kuantiti darah yang mengalir dalam badan
semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan
oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi,
tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar.
Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas
sebaiknya.

Perkembangan Bayi Minggu 16
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi
lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan
keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui
semasa ultrasound dilakukan.

Nota Hamil : Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar,
seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah.
Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam
kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara.
Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen
yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

Perkembangan Bayi Minggu 17
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya
juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap
jarinya sendiri.

Nota Hamil : Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan
dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di
samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut.
Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi
berdarah ialah antara masalah yang biasa. Pemilihan baju serta
seluar juga perlu ditukar. Jangan memakai pakaian yang ketat
seperti jeans. Namun anda masih boleh bergaya kerana dipasaran
terdapat banyak seluar untuk ibu hamil yang seakan sama dengan
pakaian casual yang anda pakai sebelum mengandung. Begitu juga
dengan bra, dan seluar dalam anda perlu menukar kepada saiz yang
lebih besar atau yang selesa.

Perkembangan Bayi Minggu 18
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul
lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap
bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat
jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.

Nota Hamil : Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak.
Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk
bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak
seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu,
lelehan faraj juga semakin bertambah. Sama seperti apa yang saya
katakan tadi digalakkan menggunakan panty liner dan kerap menukar
seluar dalam yang bersih.

Perkembangan Bayi Minggu 19
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar.
Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama,
tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.

Nota Hamil : Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung,
paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara
pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.

Perkembangan Bayi Minggu 20
Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit
bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam
kandungan.

Nota Hamil : Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah
kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang
begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu
hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini
masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi
akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu
masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran
perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan,
elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun
bergoreng.

Perkembangan Bayi Minggu 21
Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan?
Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.

Nota Hamil : Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan
lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak
akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga
makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan
menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

Perkembangan Bayi Minggu 22
Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan
kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.

Nota Hamil : Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil
makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang
diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap
dengan banyak dan mudah.

Perkembangan Bayi Minggu 23
Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga
mula pandai tersedu.

Nota Hamil : Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini
biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan.
Proses ini dinamakan sebagai oedema. Untuk melegakan kaki yang
bengkak cuba rendam dengan air panas 5 - 15 minit setiap hari sebelum
tidur.

Perkembangan Bayi Minggu 24
Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca
pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar
walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya
semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti
suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam
perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan
anak dengan muzik, lagu atau bacaan Al-Quran.

Nota Hamil : Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami
masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini. Jadi kawal pemakan
harian anda.

Perkembangan Bayi Minggu 25
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin
kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin aktif
belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik
yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu
banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.

Nota Hamil : Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul.
Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam
rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan
diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan serta
ayat-ayat Al-Quran.

Perkembangan Bayi Minggu 26
Bayi mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum
ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini
juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik.
Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul
setelah berpusing mengikut usia kandungan.

Nota Hamil : Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan.
Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan
oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar
dan mula menekan jantung dan paru-paru. Seperti nasihat saya
sebelum ini anda perlu menukar saiz bra, seluar dalam dan
elakkan memakai pakaian yang ketat.

Perkembangan Bayi Minggu 27
Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan
berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix
caseosa

Nota Hamil : Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa
ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang
demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan
berada di tahap normal.

Perkembangan Bayi Minggu 28
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila
masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi
pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.

Nota : Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis
cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran
kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi
mengelakkan rasa melekit.

Perkembangan Bayi Minggu 29
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang
dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening
dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus
tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.

Nota Hamil : Dengan perut yang semakin besar, tidur anda
kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa
semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air.
Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan
anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda
rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki
dengan bantal.

Perkembangan Bayi Minggu 30
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.

Nota Hamil : Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin
membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi
adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu
malam juga mungkin akan terganggu.

Perkembangan Bayi Minggu 31
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang
dan gelap.

Nota Hamil : Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah
berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan
berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas,
pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

Perkembangan Bayi Minggu 32
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan,
menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi
berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan
kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar
pada bila-bila masa.

Nota Hamil : Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang.
Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan
mental dan fizikal.

Perkembangan Bayi Minggu 33
Perkembangan Bayi Minggu 33
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya
dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.

Nota Hamil : Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika
tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk
setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan
kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

Perkembangan Bayi Minggu 34
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif
terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup
matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip.
Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk
dengan sempurna.

Nota Hamil : Tekanan darah mungkin akan meningkat
agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada
peringkat ini.

Perkembangan Bayi Minggu 35
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya
mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur
dan berjaga.

Nota Hamil : Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan
anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa
yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa
yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut
kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

Perkembangan Bayi Minggu 36
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak
terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda
kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula
pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.

Nota Hamil : Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa.
Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi
dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan
setiap minggu mulai sekarang.

Perkembangan Bayi Minggu 37
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula
mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang
membantu mematangkan orang pernafasan.

Nota Hamil : Bersedia, mungkin anda bersalin pada
minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan
selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua
soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang
yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah
lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.

Perkembangan Bayi Minggu 38
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm.
Begitu juga dengan kukunya.

Nota Hamil : Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan
tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi
ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah
takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk
beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan
sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Perkembangan Bayi Minggu 39
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan
banyak memperoleh antibodi daripada ibu.

Nota Hamil : Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini
semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit
itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia
untuk ke hospital. Banyakkan berselawat nabi serta
berzikir untuk membantu keresahan.

Perkembangan Bayi Minggu 40
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula
berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk
tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.






Wednesday, 6 March 2013

Penjagaan Di Awal Kehamilan

Assalamualaikum akak2..adik2..abam2 sume....heheee.... :) sempena ngan keadaan saya skunk ni..memg sin0nim larr ngan tajuk ni..huhuu.. Kijean memg m'g0ogle tips2 di tenet jer laaa...hak3.. ^_^  dan bila dah jumpa tips2 tu...nak la jugak share ngan kekawan sume.... bak kate orang... Sharing is caring...hehehee.. Meh2..j0m kita baca n amalkan tips2 di bawah ni.. :

Yang perlu DIELAKKAN semasa kehamilan :


Aspirin-
merupakan sejenis ubat yang akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, ini akan mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

Alkohol -ia akan meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar

Litium -
ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

Vitamin A -
jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat


Tetrasaiklin -
sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

Ubat penahan sakit -
boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

Rokok -
ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

Hentikan kegiatan lasak -
seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

Minuman tertentu -
kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh
mengancam bayi dalam kandungan.

makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

PEMAKANAN DIGALAKKAN UNTUK IBU HAMIL:

Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan,ayam, daging dan telur. Kekacang(seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.


Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping danbuah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan. 

Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren.

Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi darikekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.

Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.

Zat Besi - Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.

Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.

















Boleh jugak diamalkan membaca surah2 trsebut bagi usaha mendapatkan anak yg soleh & solehah.. ^^